MediKongsi.com – Ejen WeKongsi, Platform Perkongsian Kos Perubatan

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Selamat datang ke laman web MediKongsi.com

Laman web ini dibangunkan untuk tujuan berkongsi info tentang pelan Perkongsian Kos Perubatan mampu milik yang ditawarkan oleh WeKongsi.

Ini bukan laman web rasmi WeKongsi, tetapi milik salah seorang ahli & ejen WeKongsi.

  Admin



Bagaimana Saya Menyertai WeKongsi

Saya baru saja surrender polisi medical card di sebuah syarikat takaful kerana amaun yang perlu dibayar semakin meningkat hampir setiap tahun (repricing) hingga saya sudah tidak mampu lagi untuk terus membayarnya.

Saya tahu kepentingan medical card. Oleh sebab itu, saya mencari alternatif lain untuk perlindungan perubatan diri saya, dan saya terjumpa WeKongsi.

Saya tertarik dengan konsep WeKongsi ini di mana perlindungan perubatan dibuat secara perkongsian sesama ahli komuniti. Sekiranya ada ahli masuk hospital, komuniti akan bantu membayar kos bil perubatan ahli tersebut melalui perkongsian dana.

Jika semua ahli sihat, tak perlu bayar apa-apa pada bulan tersebut.

Lebih menarik lagi, bayaran adalah sangat murah tetapi dapat perlindungan yang setanding dengan pelan medical card daripada syarikat insurans / takaful.

Dengan bayaran bawah RM50 sahaja sebulan, WeKongsi memberikan perlindungan perubatan sehingga RM1 JUTA setahun!

Untuk makluman, WeKongsi ini bukan syarikat insurans atau takaful. Ianya satu program yang didorong oleh perjanjian sukarela di kalangan ahli komuniti untuk berkongsi kos perbelanjaan perubatan masing-masing.

WeKongsi Alternatif Perlindungan Perubatan Mampu Milik

Setelah saya fahamkan Pakej Keahlian WeKongsi ini dari segi yuran keahlian, bayaran perkongsian dan konsep perkongsian tersebut, serta manfaat² pelan yang ditawarkan, saya terus rasa berminat.

Alhamdulillah masih ada alternatif untuk perlindungan perubatan dengan harga yang rendah dan mampu milik.

Selepas dah menjadi ahli, saya bangunkan laman web ini dengan tujuan untuk berkongsi info tentang platform WeKongsi kepada lebih ramai orang supaya kita semua dapat miliki perlindungan perubatan yang baik dan berpatutan.

WeKongsi Hospital Admission Card


Pendaftaran Ahli WeKongsi

Untuk mendaftar sebagai ahli WeKongsi, sila layari:
https://medikongsi.com/p/daftar-wekongsi.html