Pakej We Kongsi

Pakej Keahlian WeKongsi

Terdapat 2 jenis bayaran pakej yang perlu anda buat apabila mendaftar sebagai ahli komuniti WeKongsi.

  1. Yuran Keahlian – Bayaran yuran keahlian WeKongsi secara Bulanan ATAU setiap 3 Bulan ATAU Tahunan.
  2.      
  3. Bayaran Perkongsian – Dana Akaun Perkongsian untuk ditolak pada bulan yang ada tuntutan bil perubatan ahli komuniti.


1. Yuran Keahlian WeKongsi

Yuran keahlian ini perlu dibayar semasa anda mendaftar sebagai ahli WeKongsi.

Bagi membolehkan anda dibantu oleh komuniti WeKongsi untuk pembiayaan kos perubatan, anda perlu memastikan status keahlian anda sentiasa AKTIF.

Bayaran yuran keahlian seperti di bawah:

TAHUNAN (YEARLY)

RM360
Bayaran setahun

  Total RM360 setahun

SUKU TAHUN (QUARTERLY)

RM100
Bayaran setiap 3 bulan

  Total RM400 setahun

BULANAN (MONTHLY)

RM40
Bayaran setiap bulan

  Total RM480 setahun


Tips: Kalau nak jimat, saya cadangkan pilih bayaran secara Tahunan RM360 (bersamaan RM1 sahaja sehari) dan anda dapat penjimatan RM40 – RM120 setahun.

Tapi kalau tiada bajet, bayar RM100 setiap 3 bulan atau RM40 setiap bulan pun ok.. Yang penting anda dapat Perlindungan Perubatan dengan pelan medikal perkongsian WeKongsi ini.
Yuran Keahlian adalah untuk menampung kos perbelanjaan, yuran TPA, yuran Pemegang Amanah, kos sistem dan penyelenggaraan, pentadbiran, pengurusan, dan lain-lain.

2. Akaun Perkongsian / Sharing Account

Akaun Perkongsian ini adalah tabung dana perkongsian anda. Setiap ahli WeKongsi mempunyai Akaun Perkongsian masing-masing yang perlu dimasukkan deposit mengikut pakej yang diambil.

Dana di dalam Akaun Perkongsian ini akan disumbangkan untuk pembiayaan kos perubatan ahli komuniti. Bayaran akan ditolak daripada Akaun Perkongsian berdasarkan jumlah bil perubatan yang dituntut oleh ahli yang telah mendapatkan rawatan di hospital.

Jumlah deposit bagi Akaun Perkongsian ini mengikut pakej yang anda pilih untuk perlindungan perubatan anda.

Sila lengkapkan eMandate (auto debit) semasa mendaftar untuk membolehkan pembayaran dibuat secara auto debit melalui akaun bank anda.

Deposit Akaun Perkongsian sebanyak RM100 (Standard) atau RM200 (Deluxe) akan dimasukkan secara auto debit setelah 60 hari anda mendaftar sebagai ahli WeKongsi.

Selepas 90 hari, jika ada tuntutan bil perubatan pada bulan tertentu, akan berlaku penolakan dari Akaun Perkongsian anda. Sekiranya tiada tuntutan (semua ahli sihat), maka tiada penolakan daripada Akaun Perkongsian pada bulan tersebut.

Maksimum RM50 sahaja akan ditolak dari Akaun Perkongsian.

Sekiranya pada bulan-bulan tertentu nilai sumbangan perkongsian yang perlu dibuat adalah melebihi RM50 (contohnya RM80), WeKongsi hanya akan membuat penolakan sebanyak RM50 sahaja daripada dana akaun perkongsian anda. Baki RM30 akan dibawa ke bulan hadapan untuk sumbangan perkongsian yang seterusnya.

Apabila dana dalam Akaun Perkongsian anda berbaki bawah RM50, akan berlaku auto debit untuk mencukupkan semula jumlah dana perkongsian tersebut menjadi RM100 / RM200 (mengikut pakej anda).

Pastikan baki dalam akaun bank anda mencukupi untuk auto debit Akaun Perkongsian ini.

Manfaat Keahlian We Kongsi




Sertai We Kongsi sekarang untuk dapatkan Perlindungan Perubatan RM1 JUTA!

Jika ada sebarang persoalan, boleh terus WhatsApp saya.