Admin MediKongsi.com

Anam WeKongsi
Assalamualaikum / salam sejahtera,

Nama saya Khairul Anam. Saya merupakan admin dan pemilik laman web MediKongsi.com ini. Saya juga adalah salah seorang ahli komuniti Platform Perkongsian Kos Perubatan We Kongsi.

Laman web ini dibangunkan atas inisiatif saya sendiri untuk tujuan mempromosi, memperkenalkan dan berkongsi manfaat Pelan Perkongsian Kos Perubatan yang ditawarkan oleh WeKongsi.

Saya bukan ejen insurans atau takaful. Saya sama seperti anda yang mahukan perlindungan perubatan terbaik dengan caj mampu milik dan berpatutan.

Lebih-lebih lagi saya bekerja sendiri. Setiap wang yang dibelanjakan perlu dirancang dan diuruskan dengan teliti supaya tidak menimbulkan masalah kewangan di masa akan datang.


WeKongsi Alternatif Medical Card Mampu Milik

Saya baru saja surrender pelan medical card di sebuah syarikat takaful disebabkan repricing. Harga bayaran bulanan meningkat terlalu banyak saban tahun sehingga saya dah tak mampu lagi nak membayarnya.

Kemudian saya mencari alternatif medical card yang lebih mampu milik dan mendapat tahu tentang platform WeKongsi ini daripada seorang sahabat.

Saya rasa WeKongsi ini memang sangat terbaik bagi sesiapa yang mahukan perlindungan perubatan dengan bayaran yang sangat rendah. Dengan bayaran bawah RM50 sahaja sebulan, kita akan mempunyai perlindungan perubatan sebanyak RM1 JUTA setiap tahun yang ditawarkan oleh WeKongsi.

Oleh sebab itu, saya ingin kongsikan pelan WeKongsi ini kepada anda semua supaya semua orang dapat miliki perlindungan perubatan premium mereka dengan harga mampu milik.

Boleh ke halaman utama untuk penerangan tentang Program Komuniti WeKongsi di mana semua ahli WeKongsi akan saling membantu dalam pembiayaan kos perubatan hospital kita semua.

Sekian, terima kasih.

---
Khairul Anam
Ahli Komuniti WeKongsi
Admin MediKongsi.com