Notis Privasi ini menerangkan bagaimana cara laman web ini mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan melindungi maklumat peribadi anda. Kami mengambil serius isu privasi dan komited untuk melindungi maklumat anda.
Siapa Kami
Laman web ini dibangunkan oleh Ahli dan Ejen WeKongsi untuk tujuan promosi, memperkenalkan dan berkongsi info tentang Program Perkongsian Perlindungan Perubatan WeKongsi.
Alamat laman web kami ialah: https://www.medikongsi.com
Pengumpulan Data Peribadi
Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan laman web ini, mengisi borang, atau berinteraksi dengan perkhidmatan kami. Maklumat peribadi yang kami kumpul mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat e-mel, serta maklumat lain yang berkaitan.
Tidak wajib bagi anda untuk memberi maklumat peribadi yang diminta. Tetapi jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak akan dapat menyertai Program WeKongsi atau mana-mana program lain yang ditawarkan.
Dengan memberikan sebarang maklumat peribadi, anda memahami sepenuhnya dan jelas bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pengendalian dan pemprosesan data peribadi tersebut mengikut Notis Privasi ini.
Penggunaan Data Peribadi
Kami menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
- Perkhidmatan: Maklumat anda mungkin digunakan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta daripada kami, seperti menghantar kandungan terkini atau memberikan maklum balas terhadap pertanyaan anda.
- Komunikasi: Kami mungkin menghubungi anda melalui e-mel atau cara lain yang anda berikan berkenaan dengan perkhidmatan kami, pemberitahuan penting, atau pertanyaan yang anda ajukan.
- Analitik: Kami menggunakan sistem analitik untuk memahami bagaimana pengguna berinteraksi dengan laman web kami. Ini membantu kami meningkatkan pengalaman pengguna, menyediakan kandungan yang lebih relevan, dan menambah baik laman web ini.
- Sebarang tujuan lain yang mungkin dianggap perlu dan sesuai berkaitan dengan Program WeKongsi.
Perlindungan dan Keselamatan Data
Kami mengambil langkah-langkah keselamatan melalui kaedah storan elektronik dan prosedur yang bersesuaian untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan sebaik mungkin. Namun demikian, kami tidak menjamin keselamatan mutlaknya kerana tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah storan elektronik yang 100% selamat dan boleh dipercayai.
Pemindahan Data Peribadi
Kami tidak menjual, berdagang, atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada orang lain. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga apabila diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas tertentu seperti menyediakan perkhidmatan, mematuhi undang-undang, menguatkuasakan dasar tapak kami, atau melindungi hak, harta benda serta keselamatan kami.
Cookies
Laman web kami mungkin menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat tambahan bagi tujuan analitik / analisis. Anda boleh mengubah tetapan pelayar (web browser) anda untuk menolak cookies atau memberi amaran apabila cookies dihantar. Walau bagaimanapun, ini mungkin mempengaruhi pengalaman anda ketika menggunakan laman web kami.
Kandungan Dari Laman Web Lain
Laman web ini mungkin terdapat kandungan dari laman web lain seperti video, gambar dan penulisan, serta pautan ke laman web lain yang tidak dikendalikan oleh kami. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan atau dasar privasi laman web tersebut.
Laman web tersebut mungkin mengumpul maklumat tentang anda, menggunakan cookies, dan dengan penjejakan pihak ketiga tambahan bagi memantau interaksi anda dengan kandungan itu, termasuk menjejak interaksi anda jika anda mempunyai akaun dan log masuk ke laman web tersebut.
Penggunaan pautan ke laman web lain adalah atas risiko anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan pautan tersebut.
Pindaan pada Notis Privasi
Kami berhak membuat pindaan atau perubahan pada notis privasi ini dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu untuk memastikan notis privasi ini konsisten dengan perkembangan semasa. Anda dikehendaki menyemak perubahan notis privasi baharu di ruangan ini secara berkala. Perubahan tersebut berkuatkuasa serta merta setelah dikemaskini dan dipaparkan di ruangan ini.
Hak Pengguna
Anda mempunyai hak meminta akses kepada maklumat peribadi anda yang kami simpan untuk tujuan membetulkan atau menghapuskan maklumat tersebut. Jika anda ingin membuat sebarang perubahan pada maklumat peribadi anda, sila hubungi kami melalui email kepada: hello@medikongsi.com
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan berkaitan dasar privasi kami, sila hubungi pihak kami melalui e-mel kepada: hello@medikongsi.com
Tarikh Kemaskini : 23 Oktober 2024