Admin MediKongsi.com

Anam WeKongsi
Assalamualaikum / selamat sejahtera,

Nama saya Khairul Anam. Saya adalah admin dan pemilik laman web MediKongsi.com ini. Saya juga salah seorang ahli komuniti Platform Perkongsian Kos Perubatan We Kongsi.

Nama MediKongsi pada laman web ini ialah gabungan perkataan Medikal dan Perkongsian berdasarkan konsep program WeKongsi yang ingin saya perkenalkan di sini.

Laman web ini dibangunkan atas inisiatif saya sendiri untuk tujuan mempromosi, memperkenalkan, dan berkongsi manfaat Pelan Perkongsian Kos Perubatan yang ditawarkan oleh WeKongsi.

Saya bukan ejen insurans atau takaful. Saya sama seperti anda yang mahukan perlindungan perubatan terbaik dengan harga mampu milik dan berpatutan.

Lebih-lebih lagi saya bekerja sendiri. Setiap wang yang dibelanjakan perlu dirancang dan diuruskan dengan baik dan teliti supaya tidak menimbulkan masalah kewangan di masa akan datang.


WeKongsi Alternatif Medical Card Mampu Milik

Sebelum ni saya ada melanggan medical card dengan syarikat takaful, tapi terpaksa surrender polisi medical card tu disebabkan repricing. Harga bayaran bulanan meningkat terlalu banyak saban tahun sehingga saya dah tak mampu lagi membayarnya.

Kemudian saya mencari alternatif medical card yang lebih mampu milik, dan ditemukan dengan program WeKongsi ini.

Lepas saya meneliti, membaca info-info, dan mendengar penerangan lanjut dalam sesi live sharing melalui Zoom yang diadakan setiap minggu, baru saya rasa yakin dengan WeKongsi.

Bagi saya WeKongsi ni memang sangat terbaik untuk sesiapa yang mahukan perlindungan perubatan dengan komitmen yang sangat rendah.


Pelan Medikal Bawah RM50 Sebulan

Dengan bayaran bawah RM50 sahaja sebulan, kita dapat miliki perlindungan perubatan sebanyak RM1 JUTA setiap tahun daripada WeKongsi. Tanpa had seumur hidup dan tiada kenaikan harga sehingga umur 45 tahun.

Oleh sebab itu, saya ingin kongsikan manfaat pelan WeKongsi ini kepada anda semua supaya semua orang dapat miliki perlindungan perubatan premium mereka dengan harga mampu milik.

Boleh teruskan layari laman web MediKongsi.com ini untuk baca penerangan tentang Program WeKongsi di mana semua ahli WeKongsi akan saling membantu meringankan pembiayaan kos perubatan kita semua.

Semoga perkongsian di laman web ini dapat membantu anda buat pilihan terbaik untuk pelan medikal yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda, dan yang betul-betul melindungi tanpa membebankan.

Sekian, terima kasih.

---
Khairul Anam
Ahli Komuniti WeKongsi
Admin MediKongsi.com