Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim Tentang WeKongsi

We Kongsi merupakan Program Komuniti yang diwujudkan oleh syarikat Kita Kongsi Sdn. Bhd.

Setiap ahli yang menyertai program komuniti ini akan bersama-sama berkongsi (crowd-sharing) Kos Perubatan sesama ahli untuk mendapatkan manfaat penjagaan kesihatan yang lebih berpatutan dan berkesan tanpa had dan kos yang terdapat dalam insurans kesihatan tradisional.

Syarat sertai WeKongsi:

  • Warga negara Malaysia (semua agama dan bangsa)
  • Berumur 14 hari hingga 45 tahun (berdasarkan hari lahir yang lepas)
  • Sihat tubuh badan – tiada sebarang penyakit kronik / kritikal
  • Jujur tentang status kesihatan diri

Untuk mendaftar sebagai ahli WeKongsi boleh tekan link di bawah:

  Daftar WeKongsi

Manfaat yang diberikan adalah seperti berikut:

  • RM1 JUTA – Perlindungan perubatan
  • RM100,000 – Rawatan kanser pesakit luar (out-patient)
  • RM10,000 – Perlindungan kemalangan (tanpa tempoh menunggu)
  • RM10,000 – Khairat kematian
  • RM50 / RM100 – Elaun harian hospital kerajaan
  • RM150 / RM250 – Room & Board
  • RM250 – Perkhidmatan ambulans
  • Lebih 250 hospital panel dan 4,000 klinik panel untuk ahli dapatkan rawatan

Terdapat 2 perkara perlu dibayar apabila menyertai WeKongsi.

  1. Yuran Keahlian WeKongsi :
    • RM360 setiap Tahun, ATAU
    • RM100 setiap Suku Tahun (3 bulan), ATAU
    • RM40 setiap Bulan
  2. Bayaran Perkongsian Bulanan (Sharing Account) :
    • Kos perkongsian ini HANYA perlu dibayar selepas hari ke-90 selepas pendaftaran DAN apabila ada kes rawatan untuk bulan terlibat sahaja.
    • MAKSIMUM bayaran adalah RM50 di mana amaun ini akan ditolak daripada duit deposit mengikut pelan (Standard atau Deluxe)
    • Deposit perlu dibuat secara eMandate (auto debit) pada hari ke-60 selepas mendaftar sebagai ahli WeKongsi.

  Pakej WeKongsi

Terdapat 3 mode pembayaran untuk Yuran Keahlian WeKongsi:

  1. Secara Tahunan – RM360 / Tahun
  2. Secara Suku Tahunan – RM100 setiap 3 Bulan (total RM400 setahun)
  3. Secara Bulanan – RM40 / Bulan (total RM480 setahun)

Anda boleh memilih mode bayaran mengikut kesesuaian sendiri.

  Pakej WeKongsi

Setiap ahli WeKongsi perlu lengkapkan eMandate (auto debit) dalam tempoh 60 hari selepas pendaftaran. Caj RM1 dikenakan untuk setting eMandate.

Pada hari ke-60 selepas pendaftaran, sistem akan melakukan auto debit untuk deposit perkongsian sebanyak RM100 / RM200 (mengikut pakej yang dipilih).

Jumlah perkongsian bulanan akan diumumkan pada 7hb setiap bulan.

Tidak.. Ahli yang baru mendaftar tidak dikenakan apa-apa bayaran perkongsian bulanan sehingga melepasi tempoh 90 hari.

Yuran tahunan adalah diperlukan untuk menampung kos operasi seperti sistem IT, marketing, staff, bayaran kepada third party, dan sebagainya.

Manakala perkongsian bulanan ialah untuk menanggung kos bil perubatan ahli komuniti.

Walau bagaimanapun, dengan kedua-dua bayaran ini, kos keseluruhan penyertaan ahli We Kongsi masih lebih murah berbanding harga pasaran.

WeKongsi tiada pakej family. Hanya ada pakej individu sahaja dan setiap ahli perlu membayar secara individu.

Walau bagaimanapun, dalam satu akaun boleh masukkan jumlah ahli tanpa had. Tetapi setiap ahli tertakluk kepada yuran keahlian dan perkongsian bulanan secara individu.

WeKongsi bukan Takaful atau Insurans tetapi merupakan platform perkongsian kos perubatan hospital dengan kerjasama e-MAS (Eximius Medical Administration Solution Sdn Bhd) sebagai Third Party Administrator (TPA).

Ya.. Panel penasihat Shariah WeKongsi ialah Afsha Shariah Advisory Sdn. Bhd.

  Sijil Patuh Shariah WeKongsi

Takaful dan insurans perlu register under PIDM kerana:

  1. Dalam takaful dan insurans, setiap tuntutan mereka ditanggung oleh syarikat mereka.
  2. Syarikat takaful / insurans mereka mengambil yuran premium client mereka membuat pelaburan. Apabila ada pelaburan, confirm ada risiko.

We Kongsi pula tak perlu register under PIDM kerana:

  1. Setiap tuntutan bukan company WeKongsi yang tanggung, tapi ditanggung oleh semua sharer / ahli komuniti.
  2. We Kongsi tidak ada apa-apa pelaburan dalam pelan ini.
  3. WeKongsi tertakluk di bawah SSM dan kewangan komuniti adalah di bawah pemantauan syarikat Pemegang Amanah (Trustee).

We Kongsi ada lebih 250 hospital panel (kerajaan dan swasta) di seluruh Malaysia.

Senarai panel hospital adalah berdasarkan senarai yang ada pada TPA WeKongsi iaitu e-MAS.

Terkini! WeKongsi juga boleh digunakan untuk rawatan di klinik panel sebagai pesakit luar. Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel sahaja, tak perlu ke hospital (kecuali jika perlu warded).

Harga Room & Board mengikut pakej:

  • Standard – RM150/hari
  • Deluxe – RM250/hari

Beza 2 pakej tersebut ialah pada jumlah Sharing Account dan manfaat.

Pakej Standard, jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam Sharing Account adalah RM100. Manakala pakej Deluxe pula RM200.

Untuk Pakej Deluxe ada tambahan manfaat berbanding Standard, seperti bilik RM250/hari, pre-hospital diagnosis, dan bayaran kos ambulans seperti yang dikenakan.

Jumlah perkongsian bulanan bagi kedua-dua pakej adalah sama (maksimum RM50).

Tujuan diwujudkan Pakej Deluxe ialah supaya tempoh masa untuk topup Sharing Account menjadi lebih lama.

0 – 90 hari : Tuntutan kos rawatan kemalangan sehingga RM10,000.

91 – 180 hari : Tuntutan untuk rawatan sakit biasa (common illness) seperti demam, selesema, denggi, keracunan makanan, dan sebagainya.

Selepas 180 hari : Tuntutan untuk rawatan penyakit kritikal seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetis, kanser, dan sebagainya.

We Kongsi tidak menyediakan dokumen polisi bagi setiap individu, sebaliknya setiap ahli tertakluk kepada Program Guidelines.

  Program Guidelines WeKongsi

Jika pernah ada penyakit, simpton penyakit, atau pernah menerima rawatan penyakit, peserta hendaklah 'declare' semasa menjawab soalan saringan kesihatan.

Peserta yang berstatus 'Probation' akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya.

Boleh.. Sebab demam hanya sakit biasa (common illness).

Bergantung pada kecederaan dan rawatan yang diterima selepas accident. Jika tidak kritikal, boleh join.

Sekiranya kritikal seperti pembedahan, perlu declare ketika menjawab soalan saringan kesihatan.

Boleh.. WeKongsi mempunyai 4,000 klinik panel di seluruh Malaysia, menjadikan rawatan pesakit luar lebih mudah dan berpatutan untuk anda.

Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel sahaja, tak perlu ke hospital (kecuali jika perlu warded).

Cuma bayar RM10 sahaja untuk rawatan dan juga ubat. Selebihnya akan cover dengan pelan medikal WeKongsi.

We Kongsi sentiasa menggalakkan ahlinya menggunakan pelan takaful / insurans terlebih dahulu, dan WeKongsi bersedia menampung caj lebihan yang tidak dibayar oleh syarikat takaful / insurans (seperti amaun deductible atau ko-takaful).

Cara ini dapat membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh komuniti WeKongsi.

Ya.. Ahli WeKongsi layak mendapat manfaat perlindungan seumur hidup selagi keahlian masih aktif.

Had umur 45 tahun hanya untuk penyertaan / pendaftaran.

Jika ahli keluar daripada program WeKongsi atau dibatalkan keahlian, pihak pentadbir WeKongsi akan memulangkan (refund) baki deposit yang belum digunakan. Refund akan dimasukkan ke akaun bank dalam tempoh 60 hari.

Walau bagaimanapun, yuran keahlian yang telah dibayar tidak akan dipulangkan (non-refundable).

  Rujuk: Polisi Refund

Waris perlu kemukakan dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan si mati
  • Salinan sijil kematian / permit mengubur
  • Salinan laporan polis (jika berkaitan meninggal kemalangan)

Syarat paling penting adalah status keahlian mestilah AKTIF.

Tuntutan khairat kematian akan dibayar dalam masa 7 hari.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat bagi membolehkan anda menggunakan TPA eMAS daripada WeKongsi untuk warded:

  • Pergi buat rawatan terlebih dahulu di klinik panel eMAS. Senarai klinik boleh lihat di: wekongsi.com/clinic
  • Jika doktor beritahu bukan sakit biasa dan perlu pergi ke hospital untuk rawatan lanjut, minta doktor berikan Surat Rujukan ke hospital (mesti ada)
  • Semak senarai hospital panel eMAS yang berhampiran atau berdasarkan Surat Rujukan doktor. Senarai hospital boleh lihat di: wekongsi.com/hospital
  • Buat panggilan atau call TPA (eMAS) Hotline :
    03-9213 0103
  • Maklumkan kepada TPA (eMAS) anda akan masuk ke wad berdasarkan surat rujukan doktor dan minta info lanjut tentang apa yang perlu anda laksanakan.
  • Bila sampai di hospital panel, biasanya nurse akan tanya: "Ada insurans tak?" – Jawab: "Ada, under eMAS."
  • Bagi IC / Kad Pengenalan dan tunjukkan e-Admission Card yang boleh diperolehi dari profile dalam app WeKongsi.



Berminat dengan pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi?

Jika ada sebarang persoalan, boleh terus WhatsApp saya.