Klinik

Klinik Panel WeKongsi melalui e-MAS

WeKongsi juga boleh digunakan di 4,000 Klinik Panel seluruh Malaysia untuk rawatan pesakit luar.

Cuma bayar RM10 sahaja kos rawatan dan juga ubat. Selebihnya akan cover dengan pelan medikal WeKongsi.

  Senarai Klinik Panel

Klinik Panel WeKongsi

Senarai Keadaan Perubatan Umum

Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel sahaja. Tak perlu ke hospital, kecuali jika perlu warded.

  1. Denggi
  2. Demam virus
  3. Bronkiolitis dan bronkitis
  4. Influenza (selesema)
  5. Jangkitan saluran pernafasan
  6. Gastroenteritis berjangkit dan kolitis
  7. Pneumonia
  8. Tonsilitis dan faringitis
  9. Gastritis
  10. Jangkitan saluran kencing (UTI)
  11. Keadaan asma ringan
  12. Jangkitan sinus
  13. Luka kecil yang memerlukan jahitan
  14. Terseliuh dan ketegangan otot
  15. Patah tulang kecil (fraktur ringan)
  16. Jangkitan kulit
  17. Jangkitan telinga, hidung dan tekak (ENT)

Perkara yang Layak Dikongsi oleh Ahli (Perkara yang Dilindungi)

  1. Yuran Konsultasi
  2. Yuran Pakar Bius
  3. Bekalan dan Perkhidmatan Perubatan (Peralatan, ubat-ubatan, ujian makmal)

Perkara yang Tidak Layak Dikongsi oleh Ahli (Perkara yang Tidak Dilindungi)

  1. Rawatan yang tidak diperlukan secara perubatan
  2. Bekalan dan peralatan perubatan tanpa preskripsi
  3. Barang untuk keselesaan peribadi
  4. Suplemen

Prosedur Rawatan Di Klinik Panel

  1. Akaun berstatus Aktif
  2. Habis tempoh menunggu (90 hari)
  3. Rasa tidak sihat – lawati Klinik Panel berhampiran
  4. Tunjuk IC dan beritahu ahli eMAS (TPA kepada WeKongsi)
  5. Terima rawatan
  6. Bayar RM10 untuk kos rawatan dan ubat
  7. Dapatkan surat rujukan ke hospital jika perlu rawatan / pemeriksaan lanjut

Prosedur dan Proses Kemasukan Ke Hospital

  1. Lawati Hospital Panel – perlu ada surat rujukan daripada Klinik Panel
  2. Hantar borang kemasukan kepada TPA
  3. Kes kemasukan diluluskan oleh TPA (eMAS)
  4. Terima rawatan
  5. Discaj dan sembuh

  • Lawatan ke Klinik untuk Diagnosis
    Ahli yang didiagnosis dengan salah satu keadaan disenaraikan di atas mesti terlebih dahulu melawat klinik panel melalui rangkaian TPA kami untuk menerima rawatan pesakit luar.
  • Rujukan ke Hospital
    Jika ahli tidak pulih selepas rawatan di klinik atau jika keadaan menjadi mengancam nyawa (kecemasan), mereka boleh dapatkan rawatan lanjut di hospital panel. Perlu ada surat rujukan daripada klinik panel yang diluluskan oleh TPA kami.
  • Lawatan Terus ke Hospital
    Ahli yang memilih untuk terus ke hospital tanpa mengikuti prosedur akan dikenakan bayaran potongan (deductible) sebanyak RM500 bagi setiap kemasukan.
  • Lawatan ke Klinik Bukan Panel
    Ahli yang mendapatkan rawatan untuk keadaan perubatan umum di klinik bukan panel boleh menghantar butiran kes untuk tuntutan bayaran balik. Tertakluk kepada kelulusan.

Prosedur dan Proses Kemasukan Hospital


Berminat dengan pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi?

Jika ada sebarang persoalan, boleh terus WhatsApp saya.