Hospital

Hospital Panel WeKongsi melalui e-MAS

We Kongsi bekerjasama dengan e-MAS iaitu pihak yang menguruskan keseluruhan proses kemasukan ahli WeKongsi ke wad hospital dan rawatan, termasuk tuntutan bayaran bil perubatan dan saringan kesihatan semasa pendaftaran.

Terdapat lebih 250 Hospital Panel di seluruh Malaysia tersedia untuk ahli WeKongsi.

  Senarai Hospital Panel

Hospital Panel WeKongsi

Prosedur dan Proses Kemasukan Ke Hospital

  1. Akaun berstatus Aktif
  2. Habis tempoh menunggu
  3. Rasa tidak sihat – lawati Klinik Panel berhampiran
  4. Dapatkan surat rujukan ke hospital untuk rawatan / pemeriksaan lanjut
  5. Lawati Hospital Panel – perlu ada surat rujukan daripada Klinik Panel
  6. Hantar borang kemasukan kepada TPA
  7. Kes kemasukan diluluskan oleh TPA (eMAS)
  8. Terima rawatan
  9. Discaj dan sembuh

  • Lawatan ke Klinik untuk Diagnosis
    Ahli mesti terlebih dahulu melawat klinik panel melalui rangkaian TPA kami (eMAS) untuk menerima rawatan pesakit luar.
  • Rujukan ke Hospital
    Jika ahli tidak pulih selepas rawatan di klinik atau jika keadaan menjadi mengancam nyawa (kecemasan), mereka boleh dapatkan rawatan lanjut di hospital panel. Perlu ada surat rujukan daripada klinik panel yang diluluskan oleh TPA kami.
  • Lawatan Terus ke Hospital
    Ahli yang memilih untuk terus ke hospital tanpa mengikuti prosedur akan dikenakan bayaran potongan (deductible) sebanyak RM500 bagi setiap kemasukan.
  • Lawatan ke Klinik Bukan Panel
    Ahli yang mendapatkan rawatan untuk keadaan perubatan umum di klinik bukan panel boleh menghantar butiran kes untuk tuntutan bayaran balik. Tertakluk kepada kelulusan.
Prosedur dan Proses Kemasukan Hospital

Kunjungi Panel Hospital WeKongsi

Apabila anda perlu mendapatkan rawatan di mana-mana wad hospital kerajaan atau swasta, anda perlu memastikan hospital tersebut menerima panel TPA WeKongsi iaitu e-MAS.

Dengan adanya e-MAS ini, proses pendaftaran ke hospital sehinggalah kepada proses pembayaran bil perubatan anda akan diuruskan sepenuhnya oleh e-MAS.

Tips: Anda boleh cuba call atau walk-in ke hospital berhampiran dan tanya, adakah mereka menerima Guarantee Letter (GL) atau Surat Jaminan yang dikeluarkan oleh e-MAS?


Berminat dengan pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi?

Jika ada sebarang persoalan, boleh terus WhatsApp saya.