Laporan Perkongsian Kos Perubatan | Oktober 2024
Pada bulan Oktober 2024, terdapat 4 kes perkongsian dengan 3 kes melibatkan golongan muda, khususnya kanak-kanak, yang lebih mudah terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit.
Sangat penting untuk beri perhatian kepada bronkiolitis akut, kerana ia kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas yang serius.
Jumlah keseluruhan kos rawatan yang dikongsi untuk bulan Oktober ialah RM67,201.30



Senarai Kes Kemasukan Ke Hospital
- Tonsilofaringitis Viral (RM50.00)
- Apendisitis Akut (RM37,774.65)
- Bonkiolitis Akut, Tidak Spesifik (RM6,116.15)
- Patah Tulang Selangka (RM23,265.45)
Melalui usaha bersama komuniti, setiap ahli WeKongsi hanya perlu menyumbang RM46.70 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan tersebut.
Tiada baki kos dibawa ke bulan hadapan.
Dalam saat-saat genting, komuniti WeKongsi bersatu untuk memberikan bantuan kepada ahli yang memerlukan, bersama-sama meringankan beban kewangan. Penyertaan aktif dan sumbangan anda telah memberikan impak besar buat mereka.
Dengan bayaran maksimum hanya RM50 sebulan, dan jika tiada kes, tiada bayaran dikenakan – WeKongsi adalah solusi perlindungan perubatan yang mampu milik untuk semua.
Laporan Penuh Kes Perkongsian
Laporan penuh perkongsian kos perubatan WeKongsi boleh lihat di:
go.medikongsi.com/sharing-record-october-2024