Laporan Perkongsian Kos Perubatan | November 2024
Pada bulan November 2024, terdapat 7 kes perkongsian di mana hanya satu kes kemasukan ke hospital melibatkan individu berusia lebih 30 tahun, manakala selebihnya adalah golongan remaja dan kanak-kanak.
Ini jauh lebih terperinci berbanding kes bulan lepas. Walau bagaimanapun, setiap pesakit mempunyai keadaan yang berbeza dan semestinya kos rawatan juga berbeza-beza.
Jumlah keseluruhan kos rawatan yang dikongsi untuk bulan November ialah sebanyak RM66,402.24



Senarai Kes Kemasukan Ke Hospital
- Jangkitan Saluran Kencing, Lokasi Tidak Spesifik (RM8,774.80)
- Jangkitan Virus, Tidak Spesifik (RM5,411.00)
- Pneumonia (RM304.00)
- Jangkitan Pernafasan Atas Akut, Tidak Spesifik (RM6,820.90)
- Kemalangan Kenderaan, Jenis Tidak Dikenalpasti (RM44,576.36)
- Tonsilofaringitis Akut & Pengambilan Makanan Yang Kurang (RM208.50)
- Kecederaan Tertutup pada bahagian tengah Tulang Peha Kanan (RM300.00)
Melalui usaha bersama komuniti, setiap ahli WeKongsi hanya perlu menyumbang RM41.97 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan tersebut.
Tiada baki kos dibawa ke bulan hadapan.
Kami berbesar hati dapat membantu ahli-ahli yang dimasukkan ke hospital untuk menyelesaikan kos rawatan yang mahal.
Di WeKongsi, keutamaan kami adalah kesihatan dan akses kepada rawatan kesihatan berkualiti untuk semua.
Anda tidak akan berdepan cabaran ini seorang diri. Kami akan bantu semua dalam mengatasi kos perubatan serta membantu mereka yang memerlukan rawatan.
Dengan bayaran maksimum hanya RM50 sebulan, dan jika tiada kes, tiada bayaran dikenakan – WeKongsi adalah solusi perlindungan perubatan yang mampu milik untuk semua.
Laporan Penuh Kes Perkongsian
Laporan penuh perkongsian kos perubatan WeKongsi boleh lihat di:
go.medikongsi.com/sharing-record-nov-2024