Laporan Perkongsian Kos Perubatan | Januari 2025
Pada bulan Januari, terdapat 17 kes perkongsian, merangkumi pelbagai tahap keadaan dari yang serius hingga ringan.
Antara kes serius termasuk bronkiolitis akut, luka terbuka pada bibir dan rongga mulut, serta gastroenteritis dan kolitis berjangkit, dengan kos rawatan melebihi RM7,000.
Terdapat juga kes yang kurang serius seperti dermatitis seborrheic, dermatitis atopik (varian papula), xerosis cutis, jangkitan virus saluran pernafasan atas atipikal, dan patah tertutup hujung distal radius kanan, dengan kos rawatan di bawah RM500.
Kes-kes ini mengingatkan kita supaya sentiasa mengutamakan kesihatan, tanpa mengira tahap keseriusannya.



Senarai Kes Kemasukan Ke Hospital
- Gastroenteritis dan kolitis berjangkit, tidak spesifik (RM6,329.60)
- Anemia simptomatik akibat kekurangan zat besi yang teruk (RM100.00)
- Patah tertutup hujung distal radius kanan (RM350.00)
- Bisul kulit, bisul bernanah dan karbunkel di lokasi lain (RM6,697.66)
- Gastroenteritis dan kolitis berjangkit, tidak spesifik (RM7,103.24)
- Influenza akibat virus Influenza A baharu dikenalpasti (RM1,845.70)
- Gastroenteritis dan kolitis berjangkit, tidak spesifik (RM4,674.58)
- Bronkiolitis akut akibat virus syncytial pernafasan (RM4,821.90)
- Dermatitis seborrheic, dermatitis atopik (varian papula), xerosis cutis (RM150.00)
- Bronkopneumonia, organisma tidak spesifik (RM6,282.40)
- Gastroenteritis dan kolitis berjangkit, tidak spesifik (RM7,642.90)
- Bronkiolitis akut akibat virus syncytial pernafasan (RM4,821.90)
- Luka terbuka pada bibir dan rongga mulut (RM9,830.14)
- Jangkitan virus saluran pernafasan atas (atipikal) (RM200.00)
- Bronkiolitis akut, tidak spesifik (RM9,295.77)
- Osteoartritis lutut, tidak spesifik (RM1,495.65)
- Gout, tidak spesifik (RM3,118.42)
Jumlah kos rawatan yang dikongsi untuk bulan Disember ialah sebanyak RM67,008.89
Melalui usaha bersama komuniti, setiap ahli WeKongsi hanya perlu menyumbang RM39.91 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan tersebut.
Tiada baki kos dibawa ke bulan hadapan.
Kami berbesar hati dapat membantu ahli-ahli yang dimasukkan ke hospital untuk menyelesaikan kos rawatan yang mahal.
Di WeKongsi, keutamaan kami adalah kesihatan dan akses kepada rawatan kesihatan berkualiti untuk semua.
Anda tidak akan berdepan cabaran ini seorang diri. Kami akan bantu semua dalam mengatasi kos perubatan serta membantu mereka yang memerlukan rawatan.
Dengan bayaran maksimum hanya RM50 sebulan, dan jika tiada kes, tiada bayaran dikenakan – WeKongsi adalah solusi perlindungan perubatan yang mampu milik untuk semua.
Laporan Penuh Kes Perkongsian
Laporan penuh perkongsian kos perubatan WeKongsi boleh lihat di:
go.medikongsi.com/sharing-record-jan-2025