Klinik Panel WeKongsi melalui e-MAS
WeKongsi juga boleh digunakan di 4,000 Klinik Panel seluruh Malaysia untuk rawatan pesakit luar.
Cuma bayar RM10 sahaja kos rawatan dan juga ubat. Selebihnya akan cover dengan pelan medikal WeKongsi.

Senarai Keadaan Perubatan Umum
Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel sahaja. Tak perlu ke hospital, kecuali jika perlu warded.
- Denggi
- Demam virus
- Bronkiolitis dan bronkitis
- Influenza (selesema)
- Jangkitan saluran pernafasan
- Gastroenteritis berjangkit dan kolitis
- Pneumonia
- Tonsilitis dan faringitis
- Gastritis
- Jangkitan saluran kencing (UTI)
- Keadaan asma ringan
- Jangkitan sinus
- Luka kecil yang memerlukan jahitan
- Terseliuh dan ketegangan otot
- Patah tulang kecil (fraktur ringan)
- Jangkitan kulit
- Jangkitan telinga, hidung dan tekak (ENT)
Perkara yang Layak Dikongsi oleh Ahli (Perkara yang Dilindungi)
- Yuran Konsultasi
- Yuran Pakar Bius
- Bekalan dan Perkhidmatan Perubatan (Peralatan, ubat-ubatan, ujian makmal)
Perkara yang Tidak Layak Dikongsi oleh Ahli (Perkara yang Tidak Dilindungi)
- Rawatan yang tidak diperlukan secara perubatan
- Bekalan dan peralatan perubatan tanpa preskripsi
- Barang untuk keselesaan peribadi
- Suplemen
Prosedur Rawatan Di Klinik Panel
- Akaun berstatus Aktif
- Habis tempoh menunggu (90 hari)
- Rasa tidak sihat – lawati Klinik Panel berhampiran
- Tunjuk IC dan beritahu ahli eMAS (TPA kepada WeKongsi)
- Terima rawatan
- Bayar RM10 untuk kos rawatan dan ubat
- Dapatkan surat rujukan ke hospital jika perlu rawatan / pemeriksaan lanjut
Prosedur dan Proses Kemasukan Ke Hospital
- Lawati Hospital Panel – perlu ada surat rujukan daripada Klinik Panel
- Hantar borang kemasukan kepada TPA
- Kes kemasukan diluluskan oleh TPA (eMAS)
- Terima rawatan
- Discaj dan sembuh
- Lawatan ke Klinik untuk Diagnosis
Ahli yang didiagnosis dengan salah satu keadaan disenaraikan di atas mesti terlebih dahulu melawat klinik panel melalui rangkaian TPA kami untuk menerima rawatan pesakit luar. - Rujukan ke Hospital
Jika ahli tidak pulih selepas rawatan di klinik atau jika keadaan menjadi mengancam nyawa (kecemasan), mereka boleh dapatkan rawatan lanjut di hospital panel. Perlu ada surat rujukan daripada klinik panel yang diluluskan oleh TPA kami. - Lawatan Terus ke Hospital
Ahli yang memilih untuk terus ke hospital tanpa mengikuti prosedur akan dikenakan bayaran potongan (deductible) sebanyak RM500 bagi setiap kemasukan. - Lawatan ke Klinik Bukan Panel
Ahli yang mendapatkan rawatan untuk keadaan perubatan umum di klinik bukan panel boleh menghantar butiran kes untuk tuntutan bayaran balik. Tertakluk kepada kelulusan.
Jika ada sebarang persoalan, boleh terus WhatsApp saya.